Monday, 23 March 2015

UBAT KUTU KUCING

Haii mommy n daddy kucing!!

hokey entry kali ni, ceh kali ni padahal baru yang kedua... hahaha.. okey2.. entry kali ni pasal KUTU KUCING...

Disebabkan kutu merupakan salah satu musuh utama kepada kucing hari ini teman ingin menyambung sedikit cerita tentang kutu. Sebelum kita dapat menangani kutu ini, perlulah kita mengenali sang kutu ini dengan lebih mendalam dengan memahami kitaran hidup sang kutu. 
Cara makannya ialah menghisap darah. Walaupun begitu kutu ini mempunyai kitaran hidup yang rumit(complicated). Teman percaya ramai dikalangan peminat kucing yang tidak pernah nampak kutu kucing dengan mata kasar mungkinpun ada yang pernah melihat, mereka hanyalah boleh melihat kutu dewasa. Sebenarnya ada empat tahap kitaran kehidupan kutu. Jika anda mempertimbangkan kesemua empat tahap kitaran kehidupan kutu, kutu dewasa merupakan hanya sekitar 5% dari seluruh populasi kutu.

Empat Tahap Kitaran Hidup Kutu 
1. Telur Kutu
Telur kutu adalah seperti mutiara putih dan sekitar 1 / 32 "(1/2mm) panjangnya. Mereka terlalu kecil untuk dilihat tanpa kanta pembesar. Kutu meninggalkan telurnya di kucing, tapi telur kutu tidak melekat pada bulu kucing Sebaliknya, mereka jatuh ke kawasan persekitaran kucing anda.

2. Larva
Telur-telur yang menetas menjadi larva dalam 1 hingga 10 hari, bergantung pada suhu dan kelembapan. Kelembapan dan suhu yang tinggi menyokong penetasan telur dengan cepat. Larva adalah berbentuk ramping ianya sekitar 1 / 8 " - 1 / 4''(2 hingga 5mm ) panjang. Mereka memakan kotoran organik yang ditemui di persekitaran mereka dan pada kotoran kutu dewasa, yang mana ini penting untuk kejayaan pembiakan keturunan kutu di masa hadapan. Mereka mengelakkan dari terkena pancaran sinaran matahari secara langsung dan aktif bergerak jauh ke dalam serat karpet atau di bawah puing-puing(debris) organik (rumput, cabang kayu, daun atau tanah). Mereka tinggal selama 5 hingga 11 hari sebelum menjadi kepompong.
Kelembapan sangat penting didalam meneruskan kehidupan sang kutu. Larva kutu boleh mati akibat kawasan yang kering/terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Oleh kerana itu, tidak mungkin kutu dapat bertahan dan membiak di kasawan terbuka yang kering dan terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Dikawasan yang terbuka larva hanya terjadi di mana tanah yang terlindung dari sinaran cahaya matahari dan lembab, dan juga di badan haiwan kesayangan anda. Kutu menghabiskan banyak masa hidup dan membiak lama di badan kucing anda dan ini membolehkan telur kutu jatuh dan tersimpan di dalam persekitaran kucing dan anda sekeluarga. Manakala didalam kawasan rumah atau tempat dilindungi cahaha matahari(indoor), larva dapat bertahan dan membesar dengan selamat dibawah karpet atau di celah antara lantai kayu keras. Mereka juga berkembang biak dalam iklim lembap.

3. Kepompong 
Setelah pembentukan larva selesai/sempurna, larva dewasa menghasilkan kepompong sutra.Tahap kitaran kehidupan seterusnya adalah penghasilan kepompong. Kepompong ini lembap dan mudah melekat(sticky). Kepompong ini dengan cepatnya membentuk lapisan dari puing-puing(debris) dari kawasan sekelilingnya. Lapisan-lapisan ini berfungsi atau bertindak sebagai samaran kepada kepompong ini. Dalam suhu yang hangat dan keadaan lembap, kepompong menjadi kutu dewasa dalam 5-10 hari. Namun, kutu dewasa tidak muncul dari kepompong ini, kecuali dirangsang oleh tekanan fizikal, karbon dioksida, atau haba panas.

4. Kutu Dewasa
Setelah dirangsang kutu pra dewasa pun muncul dari permukaan kepompong itu. kutu pra dewasa dapat bertahan hingga 140 hari dalam kepompong. Selama waktu ini, mereka dapat bertahan terhadap racun serangga yang yang disemburkan pada kawasan persekitaran sang kutu. Oleh itu, kutu dewasa dapat terus muncul ke persekitarannya hingga 3 minggu selepas aplikasi insektisida(semburan racun serangga).
Ketika kutu dewasa muncul dari kepompongnya, mereka akan mencari tuan rumah kerana ia harus makan darah dalam masa beberapa hari untuk bertahan hidup. Mereka amat tertarik pada manusia dan kucing anda dan haiwan liar seperti anjing, tupai dan sebagainya. Suhu tubuh yang panas, gerakan, dan menghembus nafas karbon dioksida oleh manusia dan haiwan-haiwan ia umpama bertemu cahaya kehidupan. Ini bererti bahawa ia berpindah ke permukaan karpet sehingga dapat menemukan sebuah perumah sementara(passing host) yang sempurna untuk meneruskan semula kitaran hidup sang kutu.
Setelah makan darah pertama, kutu betina mulai pengeluaran telur dalam masa 36 hingga 48 jam. pengeluaran telur boleh terus selama 100 hari, yang bermakna bahawa kutu tunggal dapat menghasilkan ribuan telur.
Ini semua kitaran hidup (kutu dewasa>telur>larva> kepompong> kutu dewasa) dapat diselesaikan dalam masa 14-21 hari atau hingga 1 tahun mengikut keadaan suhu ditempat pembiakannya dan keadaan kelembapan yang sesuai.



haaa penah x jadi mcm ni?? kutu kucing zaman dulu duduk diam2 dekat kucing aje... tp zaman sekarang punyer kutu kucing, suke bebenor die berjalan sane sini.. cik lebah penah kene, habis satu rumah, luar dalam habis semua kutu ni menjelajah... nak tgk mmg x kn nampak punyer, tau2 aje nanti kaki badan sume tergaru-garu... gatal.. bile dh gatal mesti lah garukan.. bile dh sedap garu x ingat dunia... dh luka baru ingt dunia kat mane.. hehehe...  

HOKEY... ape yang cik lebah buat ?

  1. dengan confident pegi tesco beli shampoo kutu kucing... semangat time shampoo tu penyek2 kutu tu... kekonon dh hbis mati la.. eh2 kemain subur plak die lepas 2 jam mandi... TIPS: jgn penyek kutu, itu hanya akan buat die bertambah.. 
  2. Guna cara tradisioanal pulak... beli garam bebanyak.. bancuh sikit dalam air, yang lebih tu korang lumur dekat badan dorang... ala mcam korang scrub badan... tp kalau badan kucing ade luka akan pedih la ye.. jga2 sikit jagn kene tempat luka la ye... dh scrub tu biar dalam 15-20 minit.. pastu bilas dengan air bancuhan garam tadi... pastu baru bilah dengan air bersih.. cara ni mmg berkesan tapi sikit je yang mati...
  3. last2 kene juga invest duit dekat rm 300... beli spray kutu.. kenapa mahal?? sbb bnyak botol la cik lebah beli.. 25 ekor mane ckup sebotol... hihi


jeng jeng jeng !!!! ni r die.. frontline spray... yang ni selamat dari pada frontline combo tu... sbb yng ni klau kucing tu jilat pun x de masalah... baby kucing 3 hari pun boleh pkai... 
hehe.. so sembur 2 jam lepas tu mati la kutu tu.. ade yg akn jatuh ade yg lekat dekat bulu... tp lepas guna terus basuh tangan klau boleh kita mandi terus. bju pkai time spray basuh terus... sbb rcun kan..


cara bersihkan rumah pulak , perah limau kasturi + limau nipis + lemon... spray semua tempat.. mop lantai pun pkai air perahan ni jugak.. kalau karpet or tilam seeloknye spray dulu dgn sheildtox... baru spray dengan air lemon ni...

teruskan sampai la dh rase bile duk mane2 x de rase gatal kne gigit.. hehhe


tmpat gatal pergi farmasi beli ubat ye.. heheh daaaaaa~


1 comment:

  1. Betul ke kalo kite picit kutu tu bg mati, dia lg membiak?huhu..

    ReplyDelete